Program Pendidikan Jarak Jauh USM

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 1971 dan merupakan satu program yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian secara jarak jauh. Walau bagaimanapun program yang ditawarkan adalah setara dengan program yang diikuti oleh pelajar-pelajar penuh masa. Bahan-bahan pengajaran adalah melalui bahan bercetak berupa modul kendiri dan bahan-bahan bukan bercetak seperti pita rakaman audio/video dan kemudahan-kemudahan lain. Jangkamasa pengajian bagi program Sains, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Pengurusan ialah 4 tahun hingga 12 tahun. Sidang Akademik biasanya bermula pada bulan Jun dan berakhir pada bulan Mei tahun berikutnya. Semua program pengajian yang ditawarkan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

2. OBJEKTIF

Program Pendidikan Jarak Jauh telah ditawarkan oleh pihak USM bagi memenuhi beberapa tujuan utama seperti yang berikut:

2.1 Membolehkan pelajar-pelajar dewasa, yang tidak berpeluang meneruskan pendidikan tinggi mereka oleh sebab-sebab tertentu, mengikuti pengajian tinggi sehingga memungkinkan mereka memperolehi suatu kelayakan ijazah.

2.2 Mengurangkan jurang peluang-peluang pendidikan di antara berbagai kaum di negara ini.

2.3 Membawa usaha-usaha pendidikan ke kawasan-kawasan yang kurang maju dari segi ekonomi.

2.4 Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja-pekerja yang terlatih.

2.5 Memajukan daya pengeluaran mereka yang telahpun mempunyai pekerjaan dengan mengemaskini pengetahuan dan kebolehan mereka.

2.6 Menghasilkan gunatenaga profesional yang mencukupi bagi memenuhi wawasan Negara.

2.7 Untuk mengelakkan majikan-majikan daripada menghadapi kekurangan tenaga mahir yang boleh membantu perjalanan sesebuah organisasi. Ini boleh dicapai kerana program-program pengajian ini boleh diikuti oleh para pelajar tanpa meninggalkan pekerjaan masing-masing iaitu belajar sambil bekerja.

3. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

3.1IJAZAH SARJANA MUDA SAINS Pengkhususan [major] yang boleh diikuti di bawah program pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains ialah:

a.Biologi

b.Fizik

c.Kimia

d.Matematik

Semua pelajar program pengajian Sains juga dikehendaki mengambil minor dalam satu bidang lain yang boleh dipilih dari program pengajian Sains, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kemasyarakatan dan Pengurusan. Sejajar dengan dasar negara, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Sains dan Matematik dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

3.2 IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (IlMU KEMANUSIAAN)

Pengkhususan [major] yang boleh diikuti di bawah program pengajian Ijazah Sarjana Muda

Sastera ialah:

a.Geografi

b.Kesusasteraan

c.Sejarah

Semua pelajar Program Ilmu Kemanusiaan juga dikehendaki mengambil minor dalam satu bidang lain yang boleh dipilih dari program pengajian Ilmu Kemanusiaan atau Sains Kemasyarakatan atau Pengurusan atau Sains.

3.3 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN Pengkhususan [major] yang boleh diikuti di bawah program pengajian Ijazah Sarjana Musa Sains Kemasyarakatan ialah:

a.Antropologi dan Sosiologi

b.Ekonomi

c.Sains Politik

Semua pelajar Program Sains Kemasyarakatan juga dikehendaki mengambil minor dalam satu bidang lain yang boleh dipilih dari Program Sains Kemasyarakatan atau Ilmu Kemanusiaan atau Pengurusan atau Sains.

3.4 IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN Pengkhususan [major] yang boleh diikuti di bawah program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan ialah:

a.Kewangan

b.Organisasi

c.Pemasaran

Semua pelajar Program Pengurusan juga dikehendaki mengambil minor dalam salah satu bidang lain yang boleh dipilih daripada pakej minor berikut:

a.Ekonomi

b.Sains Politik

c.Antropologi/Sosiologi

d. Matematik

4. CARA PEMBELAJARAN

4.1PEMBUNGKUSAN KURSUS
Kursus-kursus akan ditawarkan secara bungkusan dan pelajar tidak diberi pilihan bebas. Pada setiap peringkat pengajian pelajar boleh mendaftar 10 - 30 unit. 4.2 BAHAN PEMBELAJARAN Bahan-bahan pengajaran berbentuk modul kendiri dan bahan beraneka media.

4.3 TELETUTORIAL
Sistem pengajaran perhubungan dua hala melalui teletutorial telah bermula pada bulan Ogos 1987, dan semenjak tahun 1995 dalam bentuk sidang video. Sistem ini merupakan interaksi dua hala di antara pensyarah dan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar di pusat-pusat wilayah Semenanjung. Pelajar dari Sabah dan Sarawak akan mengikuti tutorial melalui video streaming.

4.4 PUSAT WILAYAH
Pusat Wilayah merupakan pusat saraf di mana kebanyakan kegiatan pengajaran-pembelajaran PPJJ dijalankan sepanjang Sidang Akademik. Universiti Sains Malaysia telah menubuhkan Pusat Wilayah di tempat-tempat berikut:

01- Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang.

02 - Alor Setar:
Kolej Sultan Abdul Hamid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar, Kedah.

03 - Ipoh:
Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
Halaman Ampang Mewah
31350 Ipoh, Perak.

04- Kuala Lumpur:
Sekolah Menengah Sains Selangor
Jalan Tenteram
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur.

05- Johor Bahru:
Sek. Men. Taman Desa Skudai
Jalan Sejahtera 16
Taman Desa Skudai
81300 Skudai, Johor.

06- Melaka:
Sekolah Tinggi Melaka
Jalan Chan Koon Cheng
75000 Melaka.

07 - Kota Bharu:
Jabatan Pendidikan Perubatan
Universiti Sains Malaysia
Kampus Kesihatan
15150 Kubang Kerian, Kelantan.

08-Kuantan:
Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar
Jalan Beserah
25300 Kuantan, Pahang.

09-Kuching:
Kolej Dato' Patinggi Abang Hj. Abdullah
Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak.

10- Kota Kinabalu:
Maktab Sabah
Peti Surat 10548
88806 Kota Kinabalu, Sabah.

11-Kuala Terengganu:
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

12 -Arau:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
02600 Arau, Perlis.


Tiap-tiap pusat wilayah adalah di bawah penyeliaan seorang Pengurus Pusat Wilayah. Peranan utama seorang Pengurus Pusat Wilayah ialah untuk berkhidmat sebagai orang perantaraan di antara Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh di USM dengan pihak Pusat Wilayah, pengajar sambilan dan pelajar Jarak Jauh yang bermastautin di wilayah berkenaan serta sebagai kaunselor kepada pelajar-pelajar.


4.5 PERPUSTAKAAN WILAYAH Untuk memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan, sebanyak sebelas buah Perpustakaan Wilayah telah disediakan. Di samping itu juga, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan Perpustakaan Induk, Pulau Pinang dan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pinjaman buku melalui pos boleh diuruskan oleh Perpustakaan Induk dan selain daripada perpustakaan di bawah. Kedudukan Perpustakaan Wilayah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :

a. Perpustakaan PPPJJ
Kolej Sultan Abdul Hamid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar, Kedah


b. Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
Halaman Ampang Mewah
31350 Ipoh, Perak.


c. Perpustakaan PPPJJ
Sekolah Tinggi Melaka
Jalan Chan Koon Cheng
75000 Melaka


d. Perpustakaan PPPJJ
Sek. Men. Taman Desa Skudai
Jalan Sejahtera 16
Taman Desa Skudai
81300 Skudai, Johor.


e. Perpustakaan PPPJJ
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu
Terangganu


f. Perpustakaan Perubatan
Hospital Universiti USM, 15150 Kubang Kerian, Kelantan


g. Perpustakaan PPPJJ
Sekolah Menengah Sains Selangor
Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
h. Perpustakaan PPPJJ
Maktab Sabah
88806 Kota Kinabalu, Sabah


i. Perpustakaan PPPJJ
Kolej Datu Patinggi Abg. Hj. Abdillah
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak


j. Perpustakaan PPPJJ
Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar
Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang


k. Perpustakaan PPPJJ
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
02600 Arau, Perlis

4.6 KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif dijalankan selama 2 - 3 minggu pada bulan November/Disember bagi semua program pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kehadiran di kursus intensif ini adalah wajib bagi pelajar. Dengan kehadiran ini, pelajar berkesempatan untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah, menghadiri kuliah-kuliah, kelas-kelas amali, tutorial serta menduduki peperiksaan berterusan yang diwajibkan, dan menggunakan kemudahan-kemudahan di kampus Induk.


4.7 PEPERIKSAAN

Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat peperiksaan Universiti. Peperiksaan bagi pelajar-pelajar Program Pengajian Jarak Jauh akan diadakan serentak dengan peperiksaan bagi pelajar penuh masa di akhir Sidang Akademik iaitu pada bulan April tiap-tiap tahun.
Peperiksaan untuk pelajar Program Pengajian Jarak Jauh dijalankan di Pusat Peperiksaan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Peperiksaan Tambahan akan dijalankan dalam bulan Jun di USM Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu untuk pelajar tahun akhir sahaja. Prestasi dalam peperiksaan akhir tahun, akan menentukan taraf seorang pelajar sama ada lulus atau gagal bagi sidang yang berkenaan.


4.8 PUSAT-PUSAT PEPERIKSAAN

1.Alor Setar-UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar 05460 Alor Setar, Kedah

2., Pulau Pinang-UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang

3. Ipoh- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya Halaman Ampang Mewah 31350 Ipoh, Perak

4. Kuala Lumpur- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sekolah Menengah Sains Selangor Jalan Tenteram Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur

5. Johor Bahru - Sek. Men. Taman Desa Skudai Jalan Sejahtera 16 Taman Desa Skudai 81300 Skudai, Johor

5. PELAKSANAAUNIVERSITI SAINS MALAYSIA N DASAR BAHASA MALAYSIA Pelajar perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Ini akan membolehkan mereka mengambil kursus Bahasa Malaysia IV yang bernilai 2 unit dan merupakan kursus wajib yang akan diambilkira dalam keperluan minimum untuk pengijazahan.

6. KEPERLUAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum tempoh berijazah.

7. STRUKTUR PENGIJAZAHAN


7.1TEMPOH PENGAJIAN
Pengajian keseluruhannya secara jarak jauh memakan masa selama 4 tahun minimum dan 12 tahun maksimum.

7.2PENDAFTARAN KURSUS
Kursus-kursus akan diperbungkuskan hanya dalam bentuk bungkusan yang telah ditetapkan sahaja. Pada tiap-tiap Sidang Akademik, tertakluk kepada prestasi akademik pada sidang sebelumnya, pelajar-pelajar dibolehkan mendaftar sehingga maksimum 30 unit.

7.3KEPERLUAN PENGIJAZAHAN

a.Sastera (Ilmu Kemanusiaan), Sains Kemasyarakatan dan Sains Pelajar-pelajar perlu mengumpul sejumlah 100 unit kredit minimum untuk pengijazahan.


b. Pengurusan Pelajar perlu mengumpul sejumlah 105 unit kredit minimum untuk pengijazahan.

8. MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Pengajian Jarak Jauh USM sila hubungi:
Profesor Madya Omar Majid
Dekan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-6533264
Emel: dean_sde@usm.my
Laman Web: http://pppjj.usm.my

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK